Pembiayaan
Khidmat Koperasi

Pembiayaan

Keistimewaan dan kemudahan diberi kepada ahli anggota koperasi Kaak Batu Pahat Berhad

Pembiayaan Tawarruq Tidak Melebihi RM150,000.00

  • Jumlah yuran terkumpul sehingga RM15,000.00
  • Bayaran bulanan RM1,812.50 selama 120 bulan
  • Wajib menyertai tabungan berkelompok
  • Bermula 1 Ogos 2018, sistem pembiayaan ditukar daripada Bai’ Al-‘Inah kepada Tawarruq
Blueprint
Blueprint

Pembiayaan Qard Kecemasan

  • Pembiayaan tidak melebihi RM2,000.00 dan diberikan secara serta-merta
  • Bayaran balik dalam tempoh 10 bulan tanpa sebarang keuntungan
  • Pembiayaan boleh dipertimbangkan bagi sebab-sebab berikut:
  • Urusan kematian
  • Sakit
  • Bersalin
  • Sebab-sebab lain yang dipertimbangkan oleh Ahli Lembaga Koperasi

Pembiayaan Tawarruq Tanpa Jaminan

  • Pembiayaan diberikan sebanyak 80% daripada jumlah yuran atau RM5,000.00, mengikut nilai yang lebih rendah
  • Bayaran balik dalam tempoh tidak melebihi 36 bulan tanpa sebarang keuntungan
  • Tidak memerlukan penjamin
  • Penerima digalakkan menjadi penerima yang baik dengan menderma 1% bagi menampung kos potongan BPA
Blueprint
Blueprint

Tawarruq (Kedai Koperasi) Tidak Melebihi RM 150,000

  • Bayaran secara tertangguh dengan tempoh tidak melebihi 60 bulan
  • Jenis keperluan pembiayaan: Pelancongan
  • Penyertaan insurans berkelompok adalah wajib
  • Bermula 1 Ogos 2018, sistem pembiayaan telah ditukar daripada Bai’ Al-‘Inah kepada Tawarruq
  • Bayaran balik sebanyak RM312.50 sebulan selama 60 bulan

Pembiayaan Pendidikan

Kemudahan pembiayaan pendidikan khas untuk anggota koperasi dan tanggungan yang layak

Syarat-Syarat Permohonan

  • Telah disahkan sebagai anggota koperasi serta membayar syer RM100.00 dan yuran pertama
  • Pembiayaan pelajaran diberikan kepada anggota atau anak anggota di IPTA / IPTS yang tidak menerima pembiayaan daripada institusi lain
  • Terhad kepada 15 orang pemohon setahun tertakluk kepada kewangan koperasi
  • Pemohon perlu menjalani sesi temuduga
  • Menyediakan dua (2) orang penjamin
Pembiayaan Pendidikan

Pembiayaan & Bayaran Balik

Program Ijazah

  • • RM4,000.00 setahun bagi tempoh pengajian 3 tahun
  • • Jumlah pembiayaan: RM12,000.00
  • • Bayaran balik: RM12,500.00 dalam tempoh 4 tahun

Program Diploma

  • • RM3,500.00 setahun bagi tempoh pengajian 3 tahun
  • • Jumlah pembiayaan: RM10,500.00
  • • Bayaran balik: RM10,900.00 dalam tempoh 4 tahun
Blueprint

Pembiayaan Pra Perayaan Dan Persekolahan

  • Anggota menyumbang RM1.00 setiap bulan
  • Pembiayaan tidak melebihi RM2,000.00
  • Bayaran balik dilakukan dalam tempoh 10 bulan tanpa sebarang keuntungan
  • Setiap penerima menderma sebanyak RM5.00 kepada Kumpulan Wang
  • Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum perayaan atau permulaan persekolahan

Kelayakan Pinjaman

Syarat-syarat Umum

Keahlian

Pemohon mestilah ahli aktif KAAKBP dengan tempoh keahlian minimum 6 bulan.

Simpanan Minimum

Mempunyai simpanan minima RM500 dalam akaun simpanan biasa.

Nisbah Bayaran Balik

Jumlah ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada pendapatan bersih.

Dokumen Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan & Slip Gaji Terkini
  • Penyata bank (3 bulan terkini)
  • Borang permohonan yang lengkap
  • Dokumen sokongan (Invois/Sebut Harga)